Anonymous

2 years

Adakah saya akan mengetahui status hiv dengan ujian darah?

Saya wanita berumur 22 tahun. Sy pernah ke hospital kerana gastrik sampai muntah-muntah. Dr juga telah mengambil darah untuk mengetahui penyakit apa yang sy alami tapi dr ckp darah saya okay tiada masalah. Boleh ke ujian darah tersebut detect kita punya penyakit hiv ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, biasanya ujian darah yang diambil tidak akan diguna untuk saringkan penyakit HIV. Sekiranya pesakit berminat untuk ambil ujian saringan HIV, doktor akan minta persetujuan pesakit sebelum ambil darah serta memerintahkan ujian tersebut.

untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
people-2597767_640%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.