
Anonymous
4 years
Ketidakselesaan pd dada sprt angin x lepas & rasa mcm mencucuk cucuk
Hai doktor,
Sy berumur 37 thn, wanita & blm berkahwin. Lately sy mengalami simpton2 di atas. Bila ia terjadi, sy kerap sendawa, kentut, dahaga & mual. Kadang sakit pd tangan. Apakah masalah sy ini merupakan simpton sakit jantung atau sakit lain. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berkaitan antara satu sama lain atau juga disebabkan oleh masalah yang berbeza.
Berkemungkinan sendawa, kentut serta dada seperti ada angin berkemungkinan disebabkan perut kembung. masalah ini berkemungkinan disebabkan oleh:
Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
Radang usus
Masalah sakit tangan anda pula boleh disebabkan oleh masalah otot, sendi, saraf, kulit atau sangat jarang berlaku disebabkan tulang. Maklumat lanjut mengenai gejala yang anda hadapi serta pemeriksaan adalah diperlukan bagi mengetahui punca masalah tangan anda.
Selain itu, gejala yang merujuk kepada sakit jantung adalah seperti:
Sesak nafas
Sakit pada bahagian dada selalunya pada bahagian tengah dada atau lebih ke sebelah kiri
Rasa cemas, gelisah, tertekan, dada berasa seperti dihimpit
Sakit pada bahagian badan seperti lengan kiri, dagu atau gigi
Sakit perut
Loya dan muntah
Batuk
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.