greenarrowz

4 years

Selalu sendawa angin seperti angin dalam badan dan terasa sakit dada apabila menarik nafas panjang

Saya lelaki 20an… sebelum terasa sakit dada dan angin dalam badan saya ke klinik dan mendapati bahawa tekanan darah saya tinggi,sakit kepala, demam sekejap,batuk jarang² sangat dan sakit tekak sedikit… selepas 1 hari berkumur ubat kumur sudah tidak sakit tekak tetapibsakit kepala masih lagi terasa walaupun tidak kuat dan saya perlu datang untuk cek sebanyak 4 kali lagi. Selepas beberapa hari, saya rasa masuk angin kerana selalu sendawa dan dan menyebabkan terasa sakit dada selepas sendawa dan semasa menarik nafas panjang.

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut (Penyakit ini juga menyebabkan anda kerap sendawa dan berangin)
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung
  • Gangguan emosi

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
appendicitis-sakit-appendix-penyebab

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.