Anonymous

3 years

Rancang kehamilan keluarga

Doctor,isteri saya sudah ambil suntikan perancang kehamilan di klinik kesihatan selepas melahirkan anak 4 bulan lalu,tapi saya masih khuatir keberkesanan melalui suntikan tersebut.Samada saya perlu berhubung intim bersama isteri saya macam biasa atau perlu saya memakai kondom juga bagi mengelakkan mengandung lagi?kepuasan memakai kondom amat terbatas.kami lebih selesa tidak memakai apa-apa pelindungan fizikal seperti kondom.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Maka kami cuba memberikan penjelasan sebaik mungkin berkenaan situasi anda sekeluarga.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik

Terdapat beberapa jenis suntikan perancang kehamilan yang boleh didapatkan di pasaran. Setiap jenis suntikan mempunyai tahap dan jarak waktu keberkesanan yang berbeza (baca: effective period). Umumnya suntikan perancang di klinik kesihatan perlu di ambil setiap 3 bulan. Kami menasihatkan agar anda mengenal pasti dahulu jenis suntikan tersebut atau bertanya ke doktor anda, sebelum melakukan hubungan bersama pasangan tanpa menggunakan alat kontrasepsi seperti kondom.

Selain itu, setiap jenis suntikan mempunyai kesan samping yang mungkin dialami oleh pemakai. Antaranya adalah:

  • Mual
  • Mengantuk
  • Badan terasa lesu
  • Pening atau sakit kepala
  • Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
  • Perubahan berat badan
  • Perut kembung dan rasa tidak selesa
  • Senggugut
  • Rambut gugur

Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan. Sekiranya gejala-gejala tersebut berlarutan, anda dinasihatkan untuk mendapat bantuan segera.

Namun, yang pasti, keberkesanan suntikan perancang kehamilan adalah jauh lebih efektif berbanding dengan pengunaan pil perancang kehamilan.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda !

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan seisi keluarga, atau agar terapi dan perancangan keluarga yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_102585424%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.