
Sulit
3 tahun
Sakit dada dan badan lemah sprti tiada tenaga
Salam… saya berumur 29tahun
Saya mengalami masalah sakit dada sejak satu minggu yang lalu…
Saya sudah check up ecg tiada mslh… dan doc dh bg ubt gastrik… tp sakit dada xhilang… saya dh pergi 2klinik swasta… tp tkde prubahan… dan akhir2 ni badan saya jd lemah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi sakit dada dan lemah badan. Berdasarkan keterangan anda, untuk mengenalpasti punca tiada perubahan setelah rawatan ubat-ubatan, anda disyorkan untuk merujuk kembali perkara ini kepada doktor yang merawat anda. Hal ini supaya penanganan lanjut atau alternatif ubat-ubatan dapat diberikan kepada anda. Bagi pihak kami, maklumat tambahan dan pemeriksaan menyeluruh terhadap kesihatan tubuh badan anda perlu diketahui sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Bagaimanapun, secara umum, sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti yang disenaraikan di bawah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi