
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan bahu seperti serangan jantung
Hi docs, sy wanita berumur 38thn dan mempunyai sakit asma (guna seretide). Sy telah mengalami sakit dada sebelah kiri dan bahu sehingga tgn seakan lemah beberapa minggu yg lalu. Namun telah ok apabila berehat 2 3 hari. Tetapi pada minggu lepas ketika sy berjalan di Mall, sy berasa pusing seakan ingin pitam, sakit dada, bahu dan tangan kiri. Sy terpaksa duduk sebentar utk hilangkan rasa pitam. Kemudian sy seakan peluh sejuk dan mengigil. Saya kemudiannya telah pergi ke klinik dan doc diklinik mengarahkan ke hospital. Di hospital sy telah buat ecg, cek darah dan xray. Keputusan Ecg dan darah kelihatan normal. Namun xray jantung sedikit besar tetapi doc kate tidak perlu risau ianya bukan serangan jantung hanya sakit muscle. Dan sy telah rehat beberapa hari. Utk pengetahuan doc sy mempunyai sejarah keluarga sakit jantung iaitu ibu dan nenek (belah ibu). Hari ini saya telah keluar ke mall sekali lg sy rasa mengah sgt, semput dan sakit dada menghimpit (namun masih larat utk berjalan). Bahu kiri saya sakit tidak boleh sandang bag lgsg. Sy juga terasa sebu seakan ingin muntah serta sakit belakang. Adakah saya masih lg sakit muscle ataupun gastrik ataupun asma? Perlukan saya pergi ke hospital sekali lg ke hospital utk cek?
Terima kasih docs

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala ini mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dan memberi aduan mengenai gejala yang anda hadapi.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi