Anonymous

6 years

Adakah Sejak Start Rawatan Haart kesan lagi teruk

saya lelaki 30 an. tiga bulan lepas saya mengalami cirit birit sehingga dimasukkan kehospital selama 4 hari. Pemeriksaan darah diambil dan saya didapati positif hiv. sample najis juga diambil dan keputusan tiada apa2. saya baru memulakan rawatan haart dan sehingga kini cirit birit saya semakin berlanjutan. Adakah effect haart? Sejak ambil haart saya baru rasa demam sekali dan mual2. tolong Dr

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, HAART adalah bermaksud HIV/AIDS Anti-Retroviral Therapy yaitu sekelompok ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan virus HIV. Ubat ini berfungsi dengan melumpuhkan proses pembentukan DNA virus tersebut.

Sebaik sahaja mendapat diagnosis HIV, adalah amat digalakkan untuk anda langsung memulakan pengambilan ubat secepat mungkin agar penyakit HIV tidak melarat menjadi AIDS pada kadar yang cepat. Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:

  • Mual
  • Muntah
  • Masalah organ hati

Akan tetapi, kesan sampingan diatas hanya akan timbul pada satu hingga dua minggu pertama pengambilan ubat tersebut. Sekiranya ubat sesuai, anda boleh langsung meneruskan pengambila ubat jenis tersebut selamanya.

Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih

freestocks-org-nss2eRzQwgw-unsplash-2

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.