Anonymous

3 years

Berkenaan window period untuk HIV

adakah window period untuk ujian HIV bermula selepas melakukan aktiviti berisiko hingga hari terakhir bulan ke-6?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mengetahui tentang window period selepas kemungkinan terdedah kepada jangkitan HIV. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah

  • nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
  • antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
  • antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.

Ujian HIV ini amat tepat jika anda membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu anda patut berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.

Mengenai HIV, virus ini boleh merebak kepada seseorang jika:

  • melakukan hubungan seks tanpa kondom
  • berkongsi jarum untuk dadah
  • pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
  • ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya

Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:

  • Menggunakan kondom
  • Tidak bertukar-tukar pasangan
  • Mengetahui status penyakit pasangan
  • Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui status sebenar kesihatan anda.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

austin-distel-7uoMmzPd2JA-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.