Anonymous

3 years

Kebarangkalian untuk tertular hiv

Apakah kebarangkalian saya tinggi untuk terkena HIV jika menggunakan fake pussy yang sama dengan kawan?
Untuk pengetahuan pihak DR. kawan saya merupakan pengamal seks bebas…

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa risau tentang risiko dijangkiti HIV jika menggunakan fake pussy yang sama dengan kawan anda. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan situasi anda dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, virus HIV merebak melalui:

  • hubungan seks yang tidak selamat (tanpa perlindungan) dengan orang yang dijangkiti HIV (sama ada heteroseksual atau homoseksual)
  • menggunakan semula jarum / alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti HIV
  • ibu yang dijangkiti HIV kepada bayinya semasa kehamilan, proses kelahiran atau melalui penyusuan susu ibu

Manakala bendalir badan yang boleh merebakkan virus HIV adalah seperti berikut:

  1. Darah
  2. Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
  3. Rembesan faraj
  4. Susu

Berdasarkan maklumat yang diberi, sekiranya kawan anda adalah seorang pesakit HIV, anda juga berisiko untuk dijangkiti sekiranya kebersihan fake pussy tidak dijaga rapi. Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor untuk kepastian.

Saya harap jawapan ini dapat membantu, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

reproductive-health-supplies-coalition-13TFAniXyKI-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.