Anonymous

5 years

Tidur tidak lelap sejak PKP bermula

Saya berumur 42 tahun. Sejak PKP bermula, saya mengalami masalah untuk tidur. Kekadang sehingga pukul 3-4 pagi baru dapat lelap mata tetapi bangun awal kerana saya WFH. Kekadang saya berasa peluk sejuk dan resah ketika hendak tidur. Bila saya tidak cukup tidur, badan saya akan berasa sakit terutama sekali di bahagian bahu dan belakang. Adakah saya mengalami Insomnia dan bagaimana untuk mengatasinya?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Insomnia Disorder atau penyakit Insomnia adalah suatu penyakit dimana pesakit mempunyai gejala atau masalah yang mengganggu durasi dan kualiti tidur seperti letih walaupun pesakit telah mendapatkan tidur yang secukupnya. Antara gejala Insomnia ialah:

  • Sukar untuk mula tidur

  • Selalu terjaga sewaktu tidur

  • Selalu terjaga di awal pagi

  • Bangun dari tidur dan masih berasa letih dan tidak segar

Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah sukar tidur antaranya ialah:

  • Mengamalkan “sleep hygiene”

  • Terapi kognitif perilaku atau “Cognitive Behavioural Therapy”- terapi ini memfokuskan rawatan pesakit menggunakan sesi terapi antara pesakit dan doktor pakar yang merawat.

  • Ubat-ubatan- Benzodiazepine dan non-benzodiazepine. Pemilihan ubat bergantung kepada pengalaman pakar dalam merawat pesakit serta keadaan semasa pesakit.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

haid-sakit

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.