
Sulit
4 tahun
Saya berhenti merokok dengan cara agak mengejut
Badan rasa terlampau ringan . Dan kepala pening pening dan kerap termenung . Sye dh sebulan berhenti rokok . Rasa untuk merokok dh takde tpi still rasa cm tuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gejala setelah berhenti merokok. Sebelum itu saya sangat memuji sikap anda yang telah berjaya cuba untuk berhenti sebulan lamanya.
Memang sukar untuk berhenti merokok kerana nikotin dalam rokok telah menyebabkan ketagihan yang melampau kepada perokok. Setelah anda berhenti, kadar nikotin dalam badan akan menurun dan menyebabkan gejala penarikan nikotin atau nicotine withdrawal.
Merokok tidak sihat ! Berhenti sekarang dengan cara yang betul.
Antara gejala penarikan nikotin termasuklah
- Mengidam atau keinginan yang kuat untuk nikotin
- Rasa semut-semut di tangan dan kaki
- Berpeluh
- Loya dan kekejangan perut
- Sembelit dan perut kembung
- Sakit kepala
- Batuk
- Sakit tekak
- Insomnia (sukar untuk tidur)
- Kesukaran menumpukan perhatian
- Kegelisahan
- Mudah marah
- Kemurungan
- Naik berat badan
Bagi mengelakkan gejala penarikan ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan konsultasi daripada mereka yang bertauliah. Untuk pengetahuan anda, KKM juga ada menyediakan khidmat klinik berhenti merokok bagi membantu golongan perokok untuk berhenti dengan cara yang betul. Sila klik link ini untuk mengetahui senarai klinik berhenti merokok di sekitar anda.
Saya berharap anda terus bersabar dalam mengawal keinginan untuk merokok kerana kebaikan berhenti merokok lebih banyak berbanding keburukan merokok. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.