Anonymous

4 years

Adakah AIDS boleh pulih?

Hi doktor,

Saya ingin bertanya tentang peluang untuk pesakit HIV yang telah terkena jangkitan oportunistik spt TB, Meningitis. Setahu saya mereka ini dlm kategori AIDS. Jadi, kalau mereka menjalani rawatan HAART, adakah mereka boleh pulih seperti PLHIV yang lain sehingga undetected viral load. CD4 rendah boleh ke meningkat naik? Apakah peluang mereka untuk trkena lagi penyakit yang lain?

Saya sedang beri dorongan pada rakan saya yg mengalami AIDS ketika ni.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda terhadap rakan anda tentang masalah yang dihadapi. Kami tidak boleh memberikan justifikasi yang sah sama ada keadaan beliau akan kembali seperti biasa ataupun kepada keadaan PLHIV undetected viral load. Namun, pesakit AIDS digalakkan meneruskan rawatan HAART bersekali dengan ubat lain/antibiotik jika pesakit juga meghadapi masalah seperti jangkitan kuman pada otak (meningitis) ataupun tuberkulosis.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.