Anonymous

4 years

Adakan onani menyebabkan penyakit aids atau hiv?

saya ingin bertanya adakah onani seorang diri untuk lelaki/wanita akan menyebabkan hiv ataupun aids?

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami soalan anda iaitu jika onani boleh menyebabkan penyakit aids atau HIV dan kami akan cuba untuk membantu anda.

HIV (human immunedeficiency virus) merupakan virus yang dapat ditularkan melalui:

  • Darah
  • Cairan vagina
  • Cairan sperma
  • Air susu ibu

Penularan HIV terjadi bila adanya kontak dengan salah satu faktor risiko diatas dari orang lain yang ada HIV. Oleh sebab itu HIV selalunya dapat dari orang lain, tidak mungkin muncul dari diri sendiri. Onani atau masturbasi adalah kegiatan merangsang diri sendiri pada bagian kelamin untuk mendapatkan kepuasan seksual. Onani disini adalah kegiatan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain.

Yang perlu dilakukan untuk menghindari tertularnya HIV antara lain:

  • Tidak berhubungan intim dengan ramai
  • Tidak berhubungan intim dengan pasangan berisiko
  • Tidak menggunakan tattoo atau tindik terutama dengan alat yang tidak steril
  • Tidak menggunakan jarum suntik bergantian pada pengguna narkotik

Saya harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

juan-camilo-navia-maim4G7oRlo-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.