Anonymous

4 years

ON HAART dan berpuasa

Saya berumur 30 tahun . Saya menghidap Human immunodeficiency virus dan sekarang ON HAART . Ubat yang saya ambil sekarang memerlukan saya makan dua kali iaitu pada pukul 11 pagi dan 11 malam. Mcm mana saya berpuasa? Adakah boleh?

Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang jangkitan HIV. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Untuk makluman anda, sehingga kini tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan HIV/AIDS. HAART Highly Active Antiretroviral Therapy adalah sejenis kombinasi rawatan yang digunakan untuk mengurangkan kadar kesakitan yang dialami oleh pesakit HIV, mengekalkan fungsi sistem imun badan dan mengelakkan risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut.

Proses rawatan HAART mengambil masa 3-6 bulan untuk menghasilkan keputusan ‘Undetectable’
bergantung kepada rawatan dan saranan doktor. Kami nasihatkan anda untuk merujuk kembali kepada doktor yang sedang merawat HIV anda untuk dapatkan kepastian mengenai pengambilan ubat sepanjang bulan ramadhan.

Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

AdobeStock_100500851

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.