
Anonymous
5 years
Masalah tentang pengetahuan HIV
Saya lelaki 20++ Dan pernah membuat oral seks dikemaluan seorang wanita Tanpa mengetahui status hiv wanita tersebut.tetapi Saya hanya memberikan rangsangan pada kenletitnya sahaja Dan mendapati tiada sebarang cecair faraj yang keluar.adakah Saya berisiko terinfeksi HIV?

5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, risiko jangkitan hiv adalah rendah melalui seks oral jika dibandingkan dengan seks kelamin. Namun jika terdapat luka pada mulut anda atau pasangan, ia boleh menjangkiti anda. Namun bertukar pasangan merupakan tabiat yang meningkatkan risiko jangkitan HIV.
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status anda, sila dapatkan ujian HIV yang boleh didapati dengan mudah di klinik-klinik kerajaan mahupun swasta berhampiran anda. Anda juga boleh membeli kit ujian tersebut di farmasi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.