Anonymous

4 years

Penyakit tentang penyakit kelamin dan hiv

Saya adakan hubungan sex pada bulan January dan 2 minggu lepas tu saya buat hiv test dan results negative dan bulan march pn saya negatif so adakah saya bebas dari HIV daa. Saya berumur 17 bulan 12 ni masuk 18 tahun kalau saya terkena STI adakah saya boleh dapatkan Antibiotics terus atau perlukan pengesahan dari parents?

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan, jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti HIV sampai antibodi HIV tersebut terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.

HIV yang dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.

Untuk makluman anda, HIV dirawat menggunakan antivirus. Manakala STI bergantung kepada jenis kuman atau virus yang anda jangkiti ia perlu dirawat menggunakan antivirus atau antikuman. Memandangkan anda masih bawah umur, anda perlu membawa ibu ayah anda.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

man

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.