
Anonymous
5 years
Ujian darah hiv aids
Pada 5 tahun lepas saya ada melakukan seks tanpa perlindungan dan tanpa ejakulasi dalam seminit 2 sahaja saya memasukkan kemaluan saya dan saya terus mengeluarkan kemaluan saya dan saya telah melakukan ujian darah menggunakan test kit yang dibeli dari farmasi dan ujian klinik yang di hantar ke lab. Kedua dua ujian negative.kali terakhir saya melakukan seks pada bulan 2 tahun lepas tapi dengan perlindungan. Saya nak tanya adakah saya perlu melakukan ujian lagi ataupon ujian ini sudah mencukupi. Semua tu perempuan itu adalah pelacur

5 years
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period iaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV dikenalpasti dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, walaupun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif pada hari ke-90, rekomendasi CDC mengatakan bahawa hasil ini adalah tepat.
Secara kesimpulannya, ujian HIV disarankan untuk dijalani sekurang-kurangnya 3 minggu daripada tarikh penyebaran. Jika anda buat terlalu awal, ia tidak boleh di kenalpasti. Ulang pada mana-mana waktu dan lebih tepat 3 bulan selepas tarikh penyebaran.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih