Anonymous

4 years

Berapa lama diperlukan untuk menjalani ujian HIV selepas ujian pertama

Saya ada menjalani ujian HIV melalui ECLIA di klinik swasta pada bulan February lepas. Berapa lama saya perlukan untuk menjalani ujian lagi sekali? Untuk makluman ujian tersebut ‘not detected’. Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period iaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV dikenalpasti dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, walaupun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif pada hari ke-90, rekomendasi CDC mengatakan bahawa hasil ini adalah tepat.

Secara kesimpulannya, ujian HIV disarankan untuk dijalani sekurang-kurangnya 3 minggu daripada tarikh penyebaran. Jika anda buat terlalu awal, ia tidak boleh di kenalpasti. Ulang pada mana-mana waktu dan lebih tepat 3 bulan selepas tarikh penyebaran.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

becca-tapert-xEb642Woh_o-unsplash

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.