ePharmacy Latest Promotion Consult a Specialist
Malaysia's #1
Health Forum

Angin dan tak selesa pada bahagian dada

Answered by: Dr Ramzdhan

Last Updated: March 19, 2020 2:45 PM
huda8116 18 months

Saya mengalami angin… Asyik sendawa… Dan rasa tak selesa pada dada… Ada kaitan tak dengan covid? Sebelum ini rakan sekerja saya pergi tabligh petaling tapi katanya negatif… Saya tak pasti lh dia bua ujian atau tidak

Dr Ramzdhan 18 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada adalah amat jarang sekali disebabkan oleh masalah jantung.

  • Sendawa, berangin dan dada tidak selesa lebih menjurus kepada Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
  • Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
  • Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang

Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:

  • Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
  • Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
  • Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
  • Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
  • Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

chestpain

Last Updated: Thu Mar 19 2020 14:45:20 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or Gastroenterologist Specialist online about GERD from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
COVID-19 Test Services
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
See All COVID-19 Tests

Top Questions