Program Bantuan Rakyat Kerajaan Malaysia

Kad Peduli Sihat Selangor

Kad Peduli Sihat Selangor
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan bagi menjayakan Skim Peduli Sihat. Skim ini akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di 1,000 klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Kad Sejahtera Terengganu

Kad Sejahtera Terengganu
Inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu

Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Program Kad Sejahtera, yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 rakyat daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin di negeri ini, bagi mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Melalui program ini, setiap ketua keluarga yang layak akan diberi kad bernilai RM500 yang boleh digunakan dalam tempoh setahun dengan bayaran maksimum RM70 untuk setiap kali rawatan di klinik swasta

Kasih Ibu Darul Aman

Kasih Ibu Darul Aman
Inisiatif Kerajaan Negeri Kedah

KIDA akan memberdaya golongan ibu mengurus dan menapung perbelanjaan keluarga dalam pembelian barangan keperluan asas bernilai RM250 setiap bulan di kedai-kedai runcit yang berdaftar.

Serta mendapatkan rawatan kesihatan RM500 setahun di klinik-klinik terpilih. KIDA berharap para penerima akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik-baiknya

Perak Prihatin

Inisiatif Kerajaan Negeri Perak
Inisiatif Kerajaan Negeri Perak

Program Perak Prihatin ini merupakan skim bantuan pembelian barangan asas dan khidmat rawatan perubatan tahunan melibatkan 17,000 orang penerima, dengan peruntukkan berjumlah RM22 juta untuk tahun 2019.

Para pemegang kad Perak Prihatin layak untuk membeli barangan asas bernilai RM80 sebulan di kedai-kedai runcit yang berdaftar serta kemudahan mendapatkan rawatan kesihatan sehingga RM300 setahun di mana-mana klinik panel terpilih.