Ejakulasi Pramatang

Diagnosis Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Baca Soalan

  • Ejakulasi pramatang merupakan kondisi apabila lelaki mencapai orgasma terlebih awal dari masa yang dijangka oleh pasangan mereka ataupun diri sendiri. Ejakulasi pramatang juga boleh berlaku sebelum hubungan seks ataupun pada awal persetubuhan.
  • Secara objektif, kita tidak mempunyai definisi yang tertentu bagi betapa lama seorang lelaki perlu bertahan semasa hubungan seks. Masalah ejakulasi pramatang adalah kerana selepas orgasma berlaku, zakar akan menjadi lembut dan persetubuhan tidak dapat diteruskan.
  • Masalah sebegini boleh mengecewakan dan menghampakan bagi diri sendiri ataupun pasangan anda. Penghidapnya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menikmati hubungan seks.
  • Pada masa yang sama, tidak dapat memuaskan nafsu pasangan. Secara berpanjangan, masalah ini boleh memberikan tekanan kepada hubungan anda dengan pasangan. Secara amnya, lebih kurang 30-40% lelaki akan mempunyai masalah ejakulasi pramatang.
  • Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang, termasuk faktor fizikal dan faktor psikologikal. Ia boleh berlaku apabila seseorang lelaki menjadi terlalu terangsang, zakar yang sensitif, berasa kebimbangan dengan pasangan yang baru dan kondisi medikal tertentu seperti diabetes.
  • Kebanyakkan punca ejakulasi pramatang berunsur psikologikal dan boleh dirawati tanpa ubat-ubatan. Banyak orang tidak mendapat pemeriksaan daripada doktor kerana masalah ini adalah dianggap memalukan bagi seseorang lelaki.
  • Oleh itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ejakulasi pramatang, soalan-soalan ini boleh membantu anda menentukan sama ada masalah ini serius ataupun tidak.

Soalan-soalan yang perlu ditanya sekiranya anda mengesyaki anda menghidap masalah ejakulasi pramatang :

  1. Adakah anda tidak dapat mengawal ejakulasi anda ?

  2. Adakah anda mempunyai ejakulasi dalam masa seminit ataupun kurang daripada seminit selepas persetubuhan ?

  3. Adakah anda mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan ejakulasi pramatang, tetapi cara-cara tidak berguna ?

  4. Adakah anda tidak puas dengan kehidupan seks anda ?

  5. Adakah anda berasa bimbang kerana ejakulasi pramatang ataupun tidak dapat memuaskan pasangan anda ?

  6. Adakah foreplay anda menyebabkan ejakulasi pramatang ?Adakah zakar anda sensitif terhadap sentuhan perempuan yang sedikit ?

  7. Jikalau anda mempunyai ejakulasi pramatang, adakah anda cuba menyembunyikan masalah tersebut daripada pasangan anda ?

  8. Adakah anda elakkan hubungan seks kerana ia akan menyebabkan ejakulasi pramatang ?

  9. Adakah anda berasa kecewa kerana tidak mempunyai kebolehan untuk memuaskan pasangan anda ?

  10. Adakah ejakulasi pramatang menjejaskan hubungan anda dengan pasangan ?

Sekiranya anda mempunyai jawapan betul bagi kebanyakkan soalan, anda digalakkan mendapat pemeriksaan daripada doktor anda untuk mengetahui punca pancut awal dan mengatasi masalah ejakulasi pramatang.

Pada masa yang sama, berbincang dengan pasangan anda bagi mendapat sokongan yang diperlukan.

Perlu Bantuan?