Ejakulasi Pramatang

Cara Pencegahan Ejakulasi Pramatang (Cepat Pancut)

Baca Soalan

Tips untuk mencegah pancutan pramatang

  • Seperti kata peribahasa yang menyebut,'mencegah itu lebih baik dari mengubati', masalah kesihatan seperti ejakulasi pramatang lebih bagus untuk dibendung dan dielakkan.
  • Ia boleh membantu pesakit menjimatkan masa, tenaga dan duit untuk mendapatkan rawatan, selain daripada menjauhkan sebarang risiko untuk anda dan pasangan menghadapi masalah rumah tangga.
  • Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi seseorang lelaki untuk mengelakkan diri mereka dari terjejas dengan masalah ini. Tips yang berikut adalah antara ‘rahsia kuat tahan lama tanpa ubat’ yang sebenar dan sihat tanpa penggunaan bahan-bahan terlarang.

Penggunaan kondom

  • Kebiasaanya, kondom digunakan sebagai salah satu cara pencegahan kehamilan atau sebagai perlindungan terhadap penyakit seksual berjangkit. Namun dalam hal ini, terdapat beberapa produk kondom di pasaran yang dilengkapi dengan ubat bius sapuan.
  • Bahagian dalam kondom tersebut telah diletakkan dengan ubat tersebut yang berfungsi untuk menjadikan zakar lelaki kebas. Apabila alat kemaluan kebas, semakin lama tempoh masa yang diperlukan untuk lelaki tersebut mencapai klimaks dan seterusnya membantu dalam melambatkan masa ejakulasi.

Senaman Kegel

  • Adakah senaman boleh menjadi antara tips tahan lama untuk lelaki? Jawapannya adalah ya. Tetapi, sebarang senaman sahaja tidak akan berkesan. Anda digalakkan untuk membuat senaman Kegel.
  • Ia melibatkan aktiviti yang menguatkan otot di bahagian dalam pinggul anda. Rasional di sebaliknya adalah otot di bahagian tersebut bertanggungjawab bagi mengekalkan ereksi dan ejakulasi kemaluan lelaki, maka semakin kuat otot itu, semakin lama klimaks dapat dilengahkan.

Pengawalan emosi

  • Emosi yang stabil memainkan peranan yang besar dalam masalah pancutan awal. Tekanan yang berpanjangan dan berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghilangkannya boleh membuatkan keadaan menjadi lebih serius.
  • Ambil cuti dari pekerjaan anda untuk sementara waktu dan luangkan masa bersama pasangan.
  • Jauhkan juga diri anda daripada perkara negatif seperti rokok dan alkohol yang walaupun dapat mengurangkan stress, ianya merupakan cara yang salah dan tidak sihat.

Gaya hidup sihat

  • Di samping itu, cara tahan lama untuk lelaki yang paling ringkas untuk diaplikasikan adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat.
  • Amalkan senaman sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
  • Diet yang seimbang juga penting untuk membekalkan tubuh badan anda dengan khasiat yang cukup agar penyakit yang boleh membawa kepada ejakulasi pramatang seperti radang prostat dan serangan jantung dapat dielakkan.

Perlu Bantuan?