Gonorea

Cara Diagnosis Penyakit Kelamin Gonore (Gonorrhoea)

Baca Soalan

  • Penyakit gonorea merupakan salah satu jenis penyakit kelamin. Ujian penyakit gonore boleh dilakukan beberapa hari selepas hubungan kelamin, namun para pesakit biasanya dinasihatkan untuk mendapatkan ujian tersebut seminggu selepas hubungan kelamin.
  • Ujian ini boleh dilaksanakan walaupun para pesakit tidak menunjukkan simptom penyakit gonorea. Diagnosis harus dibuat awal supaya risiko komplikasi jangkitan dapat dikurangkan.
  • Komplikasi gonorea lebih sukar dirawat berbanding dengan jangkitan itu sendiri.

Golongan yang perlu diuji

Anda digalakkan mendapatkan gonorrhoea test sekiranya:

  • Anda atau pasangan anda menunjukkan simptom penyakit gonorea

  • Anda atau pasangan anda telah melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan dengan pasangan baru

  • Anda atau pasangan anda mempunyai penyakit kelamin yang lain

  • Semasa pemeriksaan faraj, anda didapati mengalami radang serviks atau lendir faraj yang luar biasa

  • Anda mengandung atau sedang merancang untuk mengandung

Cara ujian gonorea

Secara umumnya, doktor anda memerlukan sampel berikut (supaya diagnosis yang tepat boleh dibuat):

  • Sampel air kencing:

    • Ujian ini dapat mengenal pasti gonorrhoea bacteria yang terdapat dalam uretra
  • Sampel dari bahagian yang terjejas:

    • Doktor akan mengambil sampel dari bahagian seperti kerongkong, uretra, faraj dan rektum untuk mengenal pasti bakteria yang ada pada bahagian tersebut. Alat yang digunakan selalunya kelihatan seperti putik kapas.
    • Proses ini mungkin dirasai kurang selesa bagi sesetengah pesakit, tetapi proses ini hanya mengambil masa beberapa saat dan tidak menyebabkan kesakitan.
  • Bagi golongan wanita, sampel biasanya diambil oleh doktor atau jururawat di bahagian seperti uretra, faraj dan serviks. Sampel air kencing adalah kurang tepat berbanding dengan sampel dari bahagian yang disenaraikan di atas.
  • Anda juga mungkin diminta untuk mengumpul sampel dari faraj dengan menggunakan tampon.
  • Bagi golongan lelaki pula, sampel air kencing selalu digunakan. Jika doktor memerlukan sampel ini, anda disarankan supaya tidak membuang air kecil selama 2 jam sebelum pengumpulan sampel.
  • Hal ini kerana bakteria yang ada dalan uretra berkurang selepas pembuangan air kecil. Doktor anda juga mungkin mengambil sampel dari uretra.
  • Sekiranya kerongkong, rektum atau mata anda turut terjejas, doktor anda akan mengumpul sampel dari bahagian tersebut.

Maksud keputusan ujian gonorea

  • Anda selalunya boleh mendapatkan keputusan ujian anda dalam masa 2 minggu. Jika didapati positif, ubat antibiotik akan diberikan untuk anda dan pasangan anda.
  • Doktor juga mengkin menjalankan ujian untuk mengenal pasti jangkitan penyakit kelamin yang lain, terutamanya chlamydia.
  • Hal ini kerana ramai pesakit penyakit gonorea juga menghidap penyakit chlamydia yang menyebabkan simptom yang agak sama. Kewujudan sesuatu penyakit kelamin meningkatkan risiko penyakit kelamin yang lain.
  • Oleh sebab itu, ujian untuk penyakit-penyakit ini, seperti HIV, amatlah penting untuk menjamin kesihatan para pesakit dan pasangan mereka.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy