Gonorea

Komplikasi Dan Kesan Buruk Penyakit Kelamin Gonore (Gonorrhoea)

Baca Soalan

  • Jangkitan gonorea merupakan sejenis penyakit kelamin yang boleh menjangkiti kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.
  • Komplikasi gonorea adalah banyak dan sesetengah komplikasi boleh menyebabkan gejala yang serius.

Kesan Kepada Lelaki

  • Banyak pesakit lelaki mengalami gejala dan tanda akibat penyakit gonorea melalui hubungan kelamin tanpa perlindungan. Sesetengah pesakit lelaki tidak akan mengalami sebarang tanda selepas dijangkiti oleh kuman gonorea.
  • Namun demikian, kebanyakan pesakit lelaki yang menghidap jangkitan gonorea akut akan mengalami komplikasi seperti:
    • Radang dan jangkitan saluran kencing bawah atau urethritis

    • Radang epididimis atau epididymitis

    • Radang dan jangkitan testis

    • Radang dan jangkitan tekak melalui hubungan seks oral

    • Konjunktivitis

    • Keletihan dan tidak bermaya

    • Ruam kulit yang disebabkan oleh alahan terhadap jangkitan kuman gonorea

    • Bengkak kelenjar limfa di bahagian peha

  • Untuk sebahagian kecil pesakit, jangkitan gonorea akan menyebabkan komplikasi yang serius terutamanya dalam kalangan pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah seperti pesakit-pesakit AIDS.
  • Antara komplikasi serius yang boleh berlaku adalah:
    • Jangkitan testis dan epididimis yang serius sehingga menyebabkan ketidaksuburan

    • Radang sendi yang menyebabkan kesakitan dan bengkak sendi

    • Jangkitan injap jantung atau endocarditis

    • Radang selaput otak atau meningitis

    • Jangkitan darah atau sepsis

    • Radang hati

Kesan Kepada Wanita

  • Pesakit-pesakit wanita juga boleh mengalami gejala dan tanda yang agak sama dengan pesakit-pesakit lelaki akibat jangkitan gonorea. Namun demikian, 50% daripada pesakit perempuan tidak akan mempunyai sebarang tanda.
  • Pesakit-pesakit yang lain akan mengalami tanda-tanda seperti:
    • Kepedihan semasa membuang air kecil

    • Lelehan atau discaj dari faraj

    • Perdarahan dari faraj di luar waktu haid

    • Radang serviks atau cervicitis

    • Radang selaput rahim atau endometritis

    • Radang saluran Fallopian atau salpingitis

    • Konjunktivitis

    • Radang dan jangkitan tekak melalui hubungan seks oral

    • Ruam kulit

    • Bengkak kelenjar limfa di bahagian peha

  • Untuk sebahagian kecil pesakit wanita, jangkitan gonorea akan menyebabkan komplikasi yang serius terutamanya dalam kalangan pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah seperti pesakit-pesakit AIDS.
  • Antara komplikasi-komplikasi serius yang boleh berlaku adalah:
    • Radang kronik pelvis atau pelvic inflammatory disease yang menyebabkan ketidaksuburan dan kesakitan jangka panjang di bahagian bawah abdomen

    • Jangkitan cecair amniotik yang melindungi bayi dalam badan ibu yang hamil atau chorioamnionitis

    • Keguguran anak semasa hamil

  • Apakah penyakit gonore boleh sembuh sepenuhnya? Jawapannya ialah “ya”. Jangkitan gonorea boleh dirawat dengan berjayanya menggunakan ubat-ubat anitbiotik.
  • Namun demikian, pesakit-pesakit digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh rawatan terawal agar komplikasi-komplikasi yang serius boleh dielakkan.
  • Para pesakit juga digalakkan untuk menjalankan hubungan seks selamat dengan menggunakan kondom dan menghindarkan hubungan seks rambang untuk mengurangkan penyebaran jangkitan gonorea.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?