Apakah Kepentingan Vaksin, Adakah Vaksin Perlu Diwajibkan?

Baca Soalan

Apakah itu vaksin?

Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.

Kenapa semua orang perlu divaksinkan? Mengapa tidak orang yang berisiko sahaja?

Tujuan pemberian vaksin adalah untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti kelompok adalah bermaksud virus tidak dapat memasuki suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar anggota masyarakat tersebut mempunyai kekuatan (memori tentera pertahanan) untuk melawan virus sebenar yang lebih kuat. Hal ini adalah penting bagi melindungi golongan yang rentan (mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem / fungsi tubuh yang rendah atau menurun) seperti kanak-kanak, orang tua, pesakit kanser dan pesakit HIV-positif.

Apakah vaksinasi wajib yang dicadangkan oleh Kementerian?

Vaksinasi wajib seperti rekomendasi Kementerian Kesihatan Malaysia biasanya akan diberikan kepada bayi baru lahir dan kanak-kanak seperti berikut iaitu:

  • Sebaik lahir, bayi akan diberikan vaksin BCG (vaksin penyakit Tuberkulosis (tibi)) dan vaksin hepatitis B dos ke-1
  • Pada usia 1 bulan, diberikan vaksin hepatitis B dos ke-2
  • Pada usia 2 bulan, diberikan vaksin DTaP (vaksin penyakit difteria, tetanus dan pertussis), vaksin Hib (vaksin Haemophilus influenzae type B), dan vaksin polio dos ke-1
  • Pada usia 3 bulan, diberikan vaksin yang sama dengan usia 2 bulan untuk dos ke-2
  • Pada usia 5 bulan, diberikan vaksin yang sama dengan usia 2 bulan untuk dos ke-3
  • Pada usia 6 bulan, diberikan vaksin hepatitis B dos ke-3 dan untuk penduduk Sabah, measles (campak) dos ke-1 
  • Pada usia 9 bulan, diberikan vaksin MMR (vaksin penyakit measles, mumps (beguk) dan rubella), dan untuk penduduk Sarawak, vaksin Japanese encephalitis dos ke-1
  • Pada usia 12 bulan, diberikan vaksin MMR dos ke-2
  • Pada usia 18 bulan, diberikan booster untuk vaksin DTaP, Hib dan Polio
  • Pada usia 21 bulan, diberikan vaksin Japanese encephalitis dos ke-2 untuk penduduk Sarawak
  • Pada usia 7 tahun, diberikan vaksin MR dos ke-2 dan DT (dos booster untuk difteria dan tetanus
  • Pada usia 13 tahun, diberikan vaksin HPV (human papilloma virus) dos-1 dan dos-2 dengan jarak 6 bulan
  • Pada usia 15 tahun, diberikan vaksin Tetanus (kancing gigi) sebagai booster

Mengapa penyakit-penyakit diatas memerlukan vaksin?

Sekiranya anda perhatikan, anda dapat kenalpasti bahawa semua penyakit yang divaksinasi adalah merupakan penyakit berjangkit. Yang mana ia adalah disebabkan oleh virus yang boleh menyebabkan komplikasi yang berat seperti lumpuh, cacat, dan kanser, malah kematian.

Boleh jelaskan apa sahaja penyakit yang divaksinasi dan bahaya apakah yang akan dihadapi sekiranya tidak mengambil vaksin?

  • Tuberkulosis 
    • Penyakit tibi boleh divaksin dengan Bacille Calmette-Guerin (BCG)
    • Tibi adalah jangkitan bakteria yang bernama Mycobacterium tuberculosis. Berbeza dengan kuman lain, bakteria ini boleh menerobos hampir semua jenis sel tubuh baik di paru-paru, tulang, mahupun otak.
    • Komplikasi tibi paru yang paling ditakuti adalah bahawa jangkitan ini boleh meninggalkan parut di paru-paru sehingga menyebabkan sukar bernafas sehingga menyebabkan sesak sehingga kematian. Manakala jangkitan tibi di tulang seperti tulang belakang pula boleh menyebabkan tulang rapuh dan cacat.
  • Hepatitis B
    • Divaksin dengan Recombivax HBV
    • Penyakit Hepatitis B adalah keradangan hati akibat virus Hepatiis B
    • Sekiranya tidak divaksin, anda berisiko untuk menghidap jangkitan kronik hepatitis yang mana ia boleh menyebabkan sirosis (parut hati), kanser hati dan juga kematian akibat rusaknya hati yang berfungsi sebagai penapis toxin dan penyimpanan vitamin dalam tubuh. 
  • Difteria
    • Divaksin dengan DTaP dan DT yang mana huruf D dalam vaksin mewakili Difteria
    • Penyakit Difteria adalah merupakan jangkitan saluran pernafasan atas
    • Sekiranya tidak divaksin, jangkitan difteria dapat merebak dalam masa beberapa hari sahaja dengan menyumbat saluran pernafasan akibat pembengkakan, merosakkan otot jantung, dan menyebabkan kerosakan saraf sehingga boleh lumpuh.
  • Tetanus
    • Divaksin dengan DTaP dan DT yang mana huruf T dalam vaksin mewakili Tetanus
    • Penyakit tetanus yang juga dikenali sebagai kancing gigi dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan jangkitan bakteria Clostridium yang biasanya hidup dalam tanah, habuk, liur dan najis haiwan.
    • Selain vaksin sewaktu kecil, biasanya vaksin tetanus diberikan pada setiap orang dengan luka yang dalam dan besar contohnya orang yang cedera ditusuk pisau. Hal ini kerana dikhuatiri bakteria ini dapat hinggap ke luka dari habuk di sekitar kita. Pada pesakit yang tidak divaksin tetanus, dikhuatiri dapat terjadi kancing gigi, dan sawan akibat daripada otot yang menegang tanpa terkawal. Biasanya setiap kejadian sawan dapat merosakkan sel otak dan sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan kematian.
  • Pertussis
    • Divaksin dengan DTaP yang mana P adalah mewakili vaksin Pertussis
    • Penyakit pertussis juga dikenali sebagai batuk kokol yag mana ia adalah merupakan jangkitan saluran pernafasan atas. 
    • Bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti batuk kokol. Sekiranya ibu bapa atau orang sekeliling tidak divaksin, mereka mungkin dapat membawa virus tersebut terhadap bayi. Pada bayi, virus ini boleh menyebabkan sawan, keradangan otak dan radang paru-paru (pneumonia) sehingga sekiranya bayi tidak mampu melawan, boleh membawa kepada kematian.
  • Heamophilus influenzae type B (Hib)
    • Divaksin dengan vaksin Hib 
    • Walaupun namanya influenza, Hib bukanlah flu. Akan tetapi, Hib adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran nafas bawah iaitu paru-paru.
    • Sekiranya tidak divaksin, ia boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia), bakteremia (jangkitan dalam darah), dan yang paling merbahaya, jangkitan otak.
  • Polio
    • Divaksin dengan IPV (inactivated polio vaccine)
    • Polio adalah merupakan virus yang tersebar melalui fekal-oral iaitu melalui kontak antara najis orang yang terinfeksi yang kemudiannya masuk ke mulut apabila tidak mencuci tangan dengan bersih
    • Sekiranya tidak divaksin, virus ini boleh menerobos ke otak dan saraf tulang belakang sehingga boleh menyebabkan kelumpuhan anggota kaki sehingga tidak boleh berjalan dan lebih parah lagi kematian. 
  • Measles
    • Divaksin dengan vaksin MMR dan MR yang mana M pertama merujuk kepada measles.
    • Measles juga dikenali sebagai campak adalah merupakan jangkitan saluran pernafasan disertai jangkitan kulit.
    • Walaupun campak biasanya akan sembuh, sekiranya tidak divaksinasi, terdapat risiko untuk kanak-kanak yang dijangkiti terkena jangkitan telinga tengah (berisiko merosakkan pendengaran), pneumonia (jangkitan paru-paru), dan ensefalitis (jangkitan otak) yang boleh menganggu pembesaran akal kanak-kanak. Pada wanita hamil yang tidak divaksin, sekiranya dijangkiti ia boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.
  • Mumps
    • Divaksin dengan MMR yang mana M kedua merujuk kepada mumps
    • Mumps atau dalam bahasa melayu adalah beguk adalah disebabkan oleh jangkitan virus Mumps rubulavirus. Virus ini dapat menyebabkan pembengkakan kelenjar air liur.
    • Sekiranya tidak divaksin, kemungkinan untuk virus tersebut berpindah dari kelenjar liur ke buah zakar adalah tinggi. Ini dapat menyebabkan salah satu punca ketidaksuburan terutama pada lelaki.
  • Rubella
    • Divaksin dengan MMR ataupun MR yang mana R mewakili Rubella
    • Rubella, juga dikenali sebagai German measles ataupun Three day measles yang disebabkan oleh Rubella virus
    • Sekiranya tidak divaksin, ia boleh menyebabkan demam, sakit tekak dan ruam. Pada wanita hamil yang tidak divaksin, virus ini boleh menyebabkan keguguran ataupun menyebabkan kecacatan janin.
  • Human papillomavirus (HPV)
    • Divaksin dengan vaksin HPV
    • HPV terdiri daripada pelbagai jenis subtype yang dapat menyebabkan ketuat biasa sehingga ke ketuat kelamin
    • Sekiranya tidak divaksin, HPV dapat menjangkiti secara perlahan-lahan dan menyebabkan kanser rahim.
  • Japanese encephalitis
    • Divaksin dengan JE vaksin dan hanya diwajibkan di Sarawak
    • JE adalah sejenis penyakit keradangan otak yang disebabkan oleh virus bernama Japanese encephalitis yang dibawa oleh nyamuk yang biasanya duduk setempat.
    • Sekiranya tidak divaksin, penyakit ini dapat menyebabkan keradangan otak sehingga terjadi sawan.

Kalau saya sudah divaksinasi, apakah masih akan terkena penyakit ini?

Vaksin tidak menghentikan anda daripada dijangkiti dengan virus ataupun kuman. Akan tetapi, ia dapat mengurangkan kesan buruk yang tersenarai diatas daripada terjadi.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?