Bercakap Dengan Doktor Percuma

Beli ubat tahan lama untuk lelaki dari seorang doktor di Malaysia

BERCAKAP DENGAN DOKTOR KAMI YANG PAKAR DALAM MERAWAT EJAKULASI PRAMATANG

Dengan menekan butang ”TANYA DOKTOR”, anda mengesahkan persetujuan denganTerma Penggunaan & Dasar Privasi

doktor bersedia untuk membantu

Pertanyaan mengenai Ejakulasi Pramatang

Apakah ejakulasi pramatang?

Ramai yang tidak menyedari bahawa masalah ejakulasi pramatang merupakan antara masalah yang kerap dihadapi oleh hampir 30-40% dalam kalangan lelaki. Jadi tidak hairanlah terdapat banyak iklan yang beredar di dalam alam siber tentang penjualan ‘ubat tahan lama untuk lelaki’.

Ejakulasi pramatang merupakan suatu keadaan yang membuatkan seseorang lelaki mencapai klimaks atau keluar air mani terlalu awal di dalam hubungan seksual. Situasi ini sudah tentu akan memberikan rasa yang tidak puas hati kepada kedua-dua belah pasangan.

Buat pengetahuan anda, ejakulasi tidak membawa maksud yang sama dengan ereksi atau ketegangan. Ejakulasi adalah keadaan ketika air mani keluar daripada kemaluan. Manakala, ketegangan pula adalah keadaan ketika kemaluan menjadi pejal apabila menerima ransangan seksual.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah ini. Misalnya tekanan perasaan, kemurungan, perasaan gementar ketika ingin memulakan hubungan seksual, berasa bersalah serta masalah dalam hubungan suami-isteri. Jadi, harus di ketahui selain daripada keadaan fizikal, kesihatan psikologi turut memberikan impak dalam permasalahan ejakulasi pramatang.

Cara-cara konservatif mengatasi ejakulasi pramatang

Terdapat beberapa ‘cara nak tahan lama’ dengan menggunakan kaedah konservatif tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Antaranya, anda atau pasangan meransang kemaluan sehingga terasa seperti hendak ejakulasi dan kemudian berhenti seketika selama 30 saat sehingga ransangan tersebut pudar. Ulangi langkah-langkah yang sama sebanyak dua hingga tiga kali sehinggalah anda dan pasangan benar-benar berasa puas untuk mencapai klimaks.

Cara-cara lain pula, seperti situasi di atas. Kepit hujung kemaluan dengan lembut menggunakan jari apabila anda berasa seperti air mani sudah hampir untuk keluar. Kaedah-kaedah ini sudah tentu memerlukan kerjasama yang baik sesama pasangan.

Jenis ubat tahan lama?

Walaupun terdapat beberapa cara konservatif yang boleh diamalkan, namun amat difahami jika kaedah-kaedah tersebut tidak dirasakan sesuai untuk dipraktikkan oleh semua pasangan. Kadang-kala ia tidak selesa dan boleh membuatkan anda serta pasangan kecewa jika matlamat yang dituju tidak dapat dikecapi. Jadi, amatlah dinasihatkan supaya anda berbincang dengan doktor untuk mendapatkan alternatif rawatan menggunakan ubat-ubatan.

Terdapat beberapa ubat yang biasanya digunakan dalam dunia kesihatan untuk meredakan keadaan-keadaan ini. Dalam bahasa pasar, ianya juga dikenali sebagai ubat kuat tenaga batin.

Antara jenis-jenis ubat tahan lama di farmasi adalah:

  • Ubat anti-murung kategori ‘selective serotonin reuptake inhibitors’ (SSRIs) seperti Paxil, Zoloft, Prozac dan Priligy
  • Tramadol iaitu ubat yang kegunaan utamanya adalah untuk menahan sakit juga boleh digunakan kepada ejakulasi pramatang
  • Ubat kebas ‘local’ atau setempat seperti Lidocaine atau Lignocaine

Sebuah kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat tentang penggunaan ubat tahan lama Dapoxetine dalam kalangan lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Berdasarkan dapatan mereka, lelaki yang tidak menggunakan ubat tahan lama sebagai kumpulan kawalan cuma dapat bertahan selama 1.75 minit sahaja sebelum ejakulasi berlaku. Manakala sekumpulan lelaki yang diberikan dos sebanyak 30 miligram Dapoxetine pula dapat bertahan selama 2.78 minit dan sekumpulan yang diberikan dos sebanyak 60 miligram pula mampu bertahan selama 3.32 minit.

Sungguhpun tambahan masa selama seminit setengah dilihat tidaklah terlalu lama, namun ia merupakan penambahbaikan yang sangat baik bagi para lelaki ini.

Dalam kajian lain pula, beberapa kumpulan yang menggunakan kumpulan ubat SSRI juga menunjukkan kemajuan yang memberansangkan buat kedua-dua pasangan dan telah secara signifikan membaiki hubungan seksual mereka.

Kesan sampingan ubat tahan lama?

Setiap ubat mempunyai kesan sampingan. Pakailah ubat kuat lelaki yang paling berkesan, ia masih juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti rasa mual, sakit perut, pening kepala, rasa tidak keruan dan lain-lain.

Kami ingin mengesyorkan agar anda hubungi doktor kami untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang ubat manakah yang paling sesuai untuk keadaan anda.

Kadang-kala faktor-faktor kesihatan anda yang lain juga boleh menyumbang kepada ejakulasi pramatang. Jadi amat penting untuk dikenalpasti ubat tahan lama untuk lelaki mana yang paling sesuai supaya tiada sebarang interaksi perubatan berlaku ketika anda mengambil ubat tersebut.

Cara-cara lain

Senaman-senaman seperti senaman kegel untuk menguatkan otot perineum boleh menyumbang kepada salah satu cara untuk mengawal keadaan ini. Otot perineum adalah sekumpulan otot yang menjadi lantai kepada kawasan bawah pinggang antara celah kangkang. Cari otot yang mengawal pengaliran air kencing dan berlatih untuk kuatkan otot tersebut.

Pemakaian kondom pula dapat membantu untuk mengurangkan rasa sentitif pada kemaluan. Ia dapat membantu sedikit-sebanyak untuk mengekalkan ereksi supaya bertahan lebih lama.

Bilakah perlunya anda bertemu doktor

Dewasa kini, sebenarnya lebih ramai lelaki yang mengalami masalah ejakulasi pramatang jika hendak dibandingkan dengan mati pucuk. Satu daripada tiga orang dalam lingkungan 18 hingga 58 tahun mengalaminya. Namun, perbincangan tentang isu ini tidaklah sekerap seperti yang sepatutnya.

Penggunaan SSRI juga merupakan merupakan rawatan yang memerlukan sedikit tempoh masa sehingga ubat tersebut benar-benar dapat berfungsi secara efektif kepada penggunanya. Jadi anda tidak harus berasa malu atau segan untuk merujuk masalah ini kepada doktor seawal yang mungkin. Ceritakan masalah ini kepada mereka.

Memastikan kepuasan hubungan seksual bersama pasangan anda sama-sama dicapai amatlah penting dan memerlukan usaha yang berterusan. Jika keadaan ini tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi semakin buruk dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua belah pihak.

Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat doktor terus daripada rumah anda. Tidak kira sama ada masalah ini baru berlaku atau pun sudah lama berlarutan. Tidak salah untuk dapatkan rawatan untuk masalah ini sedari awal.

Layari laman web https://www.doctoroncall.com.my untuk nasihat lanjut.

Promosi Terkini

Ketahui ubat tahan lama untuk lelaki

Adakah anda kerap mengalami masalah untuk mengawal ejakulasi? Adakah anda menghadapi kesukaran untuk bertahan lebih lama? Anda sukar mengawal ejakulasi dalam tempoh masa yang dikehendaki? Adakah anda tidak mempunyai kehidupan seks yang memuaskan kerana mengalami ejakulasi pramatang? Dapatkan rawatan Ejakulasi Pramatang daripada doktor yang terbaik di Malaysia.

Servis Perubatan Tele-Konsult Pertama Di Malaysia

Hubungi seorang doktor sekarang

Hubungi pakar kesihatan-lelaki