Gallstone

Ketahui Apakah Punca Batu Karang Hempedu (Gallstones)

Baca Soalan

Faktor-faktor Risiko Batu Hempedu

  • Batu hempedu merupakan suatu keadaan yang dikenali sebagai gallstone di dalam bahasa inggeris.
  • Batu hempedu adalah suatu keadaan di mana terdapat beberapa bahan-bahan yang berkumpul di dalam saluran biliari dan membentuk sebuah entiti yang berbentuk seperti batu.
  • Terdapat beberapa risiko yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Antara faktor-faktornya adalah:

Umur Dan Jantina Wanita

  • Peningkatan umur dan jantina wanita merupakan faktor yang paling penting di dalam kes batu hempedu. Kes-kes banyak berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki seiring dengan peningkatan umur.

Faktor-faktor Genetik

  • Kajian yang telah dijalankan terhadap keluarga yang mempunyai sejarah penyakit batu hempedu telah mendapati bahawa kejadian batu hempedu mempunyai kaitan dengan faktor genetik terutamanya kepada kaum wanita di dalam keluarga yang sama.
  • Kajian yang sama juga telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan risiko sebanyak 25% bagi seseorang yang mempunyai kandungan genetik tertentu yang berkaitan.
  • Mutasi yang berlaku pada ABCG8 iaitu transporter kolesterol di dalam organ hati turut boleh menyumbang kepada peningkatan penyebab genetik yang mengakibatkan terbentuknya batu hempedu.

Mengandung

  • Risiko terbentuknya batu hempedu kolesterol meningkat apabila seseorang itu mengandung. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengandung, komposisi di dalam hempedu(bile) sedikit berubah dan terdapat penangguhan dalam proses pengosongan kantung hempedu. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan batu hempedu terbentuk.
  • Risiko juga meningkat selari dengan kekerapan dan berapa kali seseorang itu mengandung.

Diabetes Mellitus

  • Seseorang yang menghidap diabetes mellitus atau penyakit kencing manis akan mempunyai peningkatan risiko terbentuknya batu hempedu jenis kolesterol.
  • Sebagai contoh, terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan terhadap pesakit-pesakit yang pernah mengalami masalah batu hempedu atau telah menjalani pembedahan membuang batu hempedu.
  • Kebanyakan daripada pesakit-pesakit batu hempedu menghidapi diabetes mellitus. Dalam kes yang lain, peningkatan kejadian batu hempedu hanya berlaku dalam kalangan wanita yang menghidapi diabetes mellitus.
  • Masih tidak diketahui kaitan antara diabetes mellitus dengan risiko seseorang itu untuk menghidapi penyakit batu hempedu.
  • Faktor-faktor lain pula adalah hypertriglyceridemia dan gangguan saraf autonomic terhadap kantung hempedu turut akan menyumbang kepada gangguan di dalam aliran hempedu(bile) di dalam saluran biliari kerana ia akan menyebabkan aliran keluar hempedu(bile) daripada hempedu tertangguh.

Kolesterol Tinggi

  • Peningkatan lipoprotein kolesterol selain dari HDL (High density lipoprotein) mungkin menjadi salah satu faktor yang penyumbang kepada terbentuknya batu hempedu.
  • Sebuah meta-analysis telah dijalankan pada tahun 2016 kepada individu-individu yang tidak mengalami sebarang masalah batu hempedu selama lebih kurang 12 tahun.Pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah batu hempedu.
  • Oleh itu makanan penyebab batu hempedu kerana peningkatan kolesterol haruslah dielakkan oleh pesakit yang berisiko tinggi.

Diet Pemakanan Dan Gaya Hidup

  1. Obesiti

    • Obesiti adalah faktor yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan masalah batu hempedu kolesterol berlaku.Kemungkinan disebabkan oleh penghasilan dan pengeluaran kolesterol yang berlebihan oleh tubuh yang obes.
    • Risiko paling tinggi telah dikenalpasti. Masalah ini lebih kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita yang menghadapi masalah obesiti dan lebih kerap berlaku dalam kalangan anak muda. Obesiti merupakan salah satu penyebab batu hempedu pada wanita berlaku lebih banyak.
    • Individu yang obes juga akan mempunyai risiko untuk mendapat batu hempedu yang menunjukkan gejala
  1. Berat badan yang menurun secara mendadak

    • Seseorang yang menurunkan berat badan dengan pantas akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami pembentukan batu hempedu apabila mereka mengamalkan pemakanan yang rendah kandungan kalori.
    • Hal yang sama juga boleh berlaku kepada individu yang menjalankan pembedahan gastric bypass.

Ubat-ubatan Yang Berisiko

Beberapa jenis ubat-ubatan telah dikenalpasti menyebabkan pembentukan batu hempedu terjadi:

  1. Fibrates:

    • Fibrates telah dikenal pasti menyebabkan risiko pembentukan batu hempedu meningkat.

    • Kandungan kolesterol di dalam hempedu(bile) akan meningkat dan ketulan-ketulan keras akan mula terbentuk

  1. Ceftriaxone:

    • Ubat ceftriaxone boleh membuatkan hempedu(bile) menjadi lebih likat dari biasa.

    • Laporan telah menunjukkan bahawa pembentukan batu hempedu semakin kerap berlaku apabila ubat ini digunakan secara berpanjangan.

    • Hal ini berlaku kerana ubat ceftriaxone diproses keluar dari tubuh badan melalui rembesan hempedu(bile) dan secara tidak langsung menyebabkan kepekatan hempedu(bile) di dalam hempedu menjadi lebih tinggi.

    • Ceftriaxone juga akan melekat pada komponen-komponen kalsium dan akan memekatkan hempedu(bile) di dalam kantung hempedu.

  1. Somatostatin:

    • Penggunaan somatostatin dalam jangka masa yang panjang dalam rawatan penyakit akromegali (acromegaly) telah didapati menggalakkan terbentuknya batu hempedu.

    • Penggunaan octreotide juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 25% kes batu hempedu kolesterol yang tidak menunjukkan gejala.

    • Somatostatin bertindak dengan melambatkan pergerakan usus dan pengosongan usus dengan pelepasan cholecystokinin serta menggalakkan pembentukan hempedu(bile) yang kemudiannya semakin keras.

  1. Terapi hormon:

    • Terapi estrogen telah didapati meningkatkan pembentukan batu hempedu dan berlakunya peningkatan penyakit kantung hempedu

    • Ianya boleh berlaku kepada kedua-dua golongan wanita yang menerima terapi ini sama ada wanita yang masih subur ataupun yang telah menopaus.

  1. Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pill):

    • Pil ini hanya memberikan risiko yang sementara di dalam pembentukan batu hempedu

    • Wanita yang berusia kurang dari 40 tahun dan mengambil kandungan hormon estrogen yang tinggi mempunyai risiko yang lebih besar

Faktor-faktor Penyebab Bile Stasis

Puasa yang berpanjangan

  • Pembentukan batu hempedu merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku terhadap individu yang berpuasa panjang atau hanya menerima makanan melalui tiub dari salur darah seperti pesakit-pesakit yang tidak dapat makan melalui mulut.
  • Hal ini berlaku disebabkan oleh terkumpulnya hempedu(bile) di dalam kantung hempedu yang tidak dipam keluar kerana tiada stimulasi yang membuatkan proses tersebut dapat dijalankan.
  • Pengumpulan hempedu(bile) di dalam jangka masa yang panjang di dalam kantung hempedu akan menyebabkan hempedu(bile) menjadi semakin pekat dan pekat.
  • Kepekatan ini mempunyai kecenderungan untuk membentuk ketulan-ketulan kecil lalu membentuk batu hempedu.
  • Antara faktor-faktor penyebab batu empedu adalah:
    • Kekurangan stimulasi dari pergerakan makanan di dalam saluran penghadaman
    • Perubahan di dalam sebuah kitaran yang dikenali sebagai ‘enterohepatic circulation of bile acids’ pada pesakit-pesakit yang menjalani ‘ileal resection’ (pembedahan pada salah satu bahagian usus)
    • Perubahan pada komposisi di dalam hempedu(bile) yang menjadi lebih pekat dengan kandungan kolesterol
  • Pergerakan keluar hempedu(bile) yang perlahan dari pundi hempedu boleh menyebabkan batu hempedu terbentuk kerana secara semulajadinya, pundi hempedu berfungsi dengan memekatkan hempedu(bile) sebelum ia dirembeskan ke dalam saluran penghadaman.
  • Jadi sekiranya ia tidak dirembeskan keluar ke dalam saluran penghadaman, hempedu(bile) akan menjadi semakin pekat dan mengeras bersama-sama dengan kolesterol terkumpul di dalam kantung tersebut sehingga membentuk batu hempedu.
  • Sebagai rumusan, kedua-dua amalan berpuasa di dalam tempoh yang panjang dan pemberian makanan melalui saluran darah di dalam tempoh yang lama akan membuatkan proses keluar dari pundi hempedu menjadi perlahan.

Kecederaan Saraf Tunjang

  • Kecederaan pada saraf tunjang akan menyebabkan urat saraf yang mengawal pundi hempedu terganggu. Hal ini akan menyebabkan otot yang berkaitan tidak dapat menerima isyarat dari urat saraf tersebut lalu menyebabkan pergerakan tidak dapat dimulakan.
  • Gangguan pada urat saraf ini juga akan turut menyebabkan saluran usus tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa dan ia juga akan turut menganggu kitaran ‘enterohepatic circulation’ dan metabolisma lipid.

Faktor-faktor Tambahan (Terutamanya Pembentukan Batu-batu Hempedu Berpigmen)

Sirosis Hati

  • Sirosis adalah salah satu risiko di dalam pembentukan batu hempedu berpigmen. Batu-batu yang berpigmen terbentuk majoriti dari partikel-partikel bukan kolesterol.
  • Antara punca yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku adalah berkurangnya pembentukan dan pemindahan garam hempedu(bile) dan ‘unconjugated bilirubin’, paras estrogen yang tinggi dan gangguan di dalam pengecutan pundi hempedu di dalam respon kepada makanan.
  • Contoh gambar batu hempedu yang berpigmen adalah ia mempunyai warna-warna lain selain warna putih disebabkan oleh pigmen-pigmen yang terlibat dalam pembentukannya.

Crohn’s Disease Dan Pemotongan Ileum

  • Peningkatan kes pembentukan batu hempedu berlaku kepada pesakit-pesakit yang mengalami penyakit Crohn iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan radang berlaku kepada usus terutamanya pada bahagian hujung ileum dan usus besar.
  • Bahagian hujung ileum adalah merupakan bahagian yang penting terlibat dalam ‘enterohepatic circulation’ iaitu kitaran yang menghasilkan hempedu(bile) dalam sistem penghadaman.

Hyperbilirubinemia

  • Peningkatan serum bilirubin meningkatkan risiko seseorang di dalam pembentukan batu hempedu berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 61, 212 individu.
  • Penyakit-penyakit seperti yang berada di bawah kategori anemia hemolisis seperti hereditary spherocytosis, sickle cell anemia, thalassemia dan erythrocyte enzyme deficiency merupakan beberapa contoh kondisi yang boleh menyebabkan peningkatan pembentukan batu hempedu disebabkan oleh penghasilan bilirubin yang berlebihan berlaku apabila sel-sel darah tersebut pecah.
  • Secara tidak langsung, bilirubin yang berlebihan ini akan menyebabkan penghasilan hempedu(bile) menjadi lebih banyak.

Written by: Dr M Ramzdhan

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy