Psoriasis

Penyakit Psoriasis - Apakah Penyebabnya?

Baca Soalan

Apakah itu psoriasis?

  • Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit pesakit berganti dengan cepat berbanding dengan kulit yang normal menjadikan ia lebih tebal.
  • Kawasan yang biasa diserang masalah ini adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi ia boleh juga menjangkiti bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
  • Sel-sel akan berkumpul, kemudian mengelupas, bersisik dan kemerah-merahan pada permukaan kulit.

Apakah penyebab psoriasis?

  • Punca penyakit psoriasis masih tidak dapat dipastikan. Namun, kajian menunjukkan sistem imun dan genetik memainkan peranan utama dalam perkembangannya.
  • Biasanya, terdapat faktor pencetus psoriasis pada kulit kepala dan badan. Faktor-faktor yang menjadi punca penyakit kulit psoriasis termasuklah:
    • Jangkitan kulit
    • Kecederaan pada kulit
    • Gigitan serangga
    • Selaran matahari yang teruk
    • Tekanan stres
    • Merokok
    • Penggunaan alkohol berlebihan
    • Kekurangan vitamin D 
    • Kesan penggunaan ubat - ubatan
    • Pencetus ini menyebabkan sel kulit pesakit tumbuh pada kadar yang lebih cepat, yang menyebabkan pembentukan psoriasis.
  • Kedua-dua lelaki dan wanita masing-masing mempunyai potensi yang sama untuk menghidap psoriasis. Psoriasis juga boleh berlaku pada mana - mana kaum, tetapi pada kadar yang berbeza.
  • Psoriasis biasanya menyerang pada peringkat umur 15 dan 35, namun ia juga boleh menyerang pada sebarang peringkat umur. Kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada pesakit psoriasis menghidapnya sebelum usia 10 tahun.
  • Walaupun ini dianggap jarang berlaku, terdapat segelintir populasi bayi menghidap psoriasis sejak peringkat awal kehidupan mereka. Kebanyakan masyarakat ingin mengetahui penyakit kulit psoriasis apakah menular.
  • Psoriasis tidak menular. Walaupun keadaan kulit pesakit psoriasis kelihatan mengerikan, namun ia bukanlah penyakit yang berjangkit.
  • Anda tidak boleh menerimanya daripada orang lain atau menyebabkan jangkitan kepada orang lain.

Faktor Risiko Psoriasis

  • Psoriasis biasanya bermula atau bertambah buruk disebabkan oleh pencetus yang mungkin dapat anda kenal pasti dan elakkan.
  • Faktor-faktor yang boleh menyebabkan psoriasis adalah:
    • Sejarah keluarga adalah salah satu faktor risiko yang paling penting. Mempunyai seorang atau kedua-dua ibu bapa dengan psoriasis meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit ini.

    • Jangkitan virus dan bakteria. Pesakit HIV lebih cenderung untuk mengalami psoriasis daripada orang yang mempunyai sistem imun yang sihat. Kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap jangkitan berulang, terutamanya jangkitan bakteria streptococcus, juga lebih berisiko.

    • Stres boleh memberi kesan kepada sistem imun anda, tahap tekanan yang tinggi boleh menjadi punca psoriasis kulit kepala dan kulit badan.

    • Obesiti atau berat yang berlebihan meningkatkan risiko psoriasis. Plak yang biasa terjadi dalam semua jenis psoriasis sering timbul di kawasan lipatan kulit.

    • Merokok juga merupakan faktor. Rokok tembakau bukan sahaja meningkatkan risiko psoriasis tetapi juga dapat meningkatkan tahap keseriusan penyakit. Merokok juga boleh memainkan peranan dalam mencetuskan penyakit ini.

    • Ubat tertentu - termasuk lithium, yang digunakan untuk merawat gangguan bipolar, ubat tekanan darah tinggi seperti:

      • Beta-antagonist
      • Ubat antimalaria
      • Iodine.





Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli

Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?