Sifilis

Apakah Rawatan Jangkitan Sifilis (Syphilis)

Baca Soalan

  • Jangkitan sifilis merupakan penyakit kelamin yang menyebabkan:
    • Kesakitan
    • Ketidak-selesaan semasa kencing
    • Ulser di bahagian kelamin, dubur atau mulut
  • Ia boleh tersebar kepada orang lain melalui hubungan seks dengan pembawa sifilis dan perkongsian mainan seks.
  • Penyakit sifilis adalah disebabkan oleh sejenis bakteria bernama treponema pallidum.
  • Rawatan jangkitan sifilis adalah penting kerana jangkitan ini tidak akan sembuh secara sendiri. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan sifilis boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.
  • Perawatan sifilis adalah antibiotik bagi jangka masa yang pendek. Hal ini kerana jangkitan sifilis adalah disebabkan oleh bakteria.
  • Rawatan sifilis dengan antibiotik adalah sangat efektif. Ubat antibiotik adalah cara ubati sifilis yang spesifik. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ubat sifilis di farmasi.
  • Anda hanya boleh mendapatkan antibiotik daripada preskripsi seorang doktor. Jenis-jenis rawatan anda adalah tertakluk kepada jangka masa anda menghidap jangkitan sifilis.
  • Bagi jangkitan sifilis yang kurang dari dua tahun, pesakit akan diberikan suntikan antibiotik penicillin di punggung ataupun ubat penicillin secara oral selama 10-14 hari.
  • Bagi jangkitan sifilis yang melebihi 2 tahun, anda memerlukan 3 suntikan antibiotik penicillin diberikan seminggu sekali ataupun makan ubat penicillin selama 28 hari berturu-turut.
  • Rawatan ini mungkin menyebabkan anda mengalami kesan sampingan seperti demam, sakit kepala ataupun sakit otot dan sakit sendi. Kebanyakan pesakit mengalami kesan sampingan ini pada hati pertama rawatan diberikan.
  • Simptom-simptom ini selalunya tidak melebihi tempoh satu hari. Kesan sampingan yang lebih serius adalah allergik terhadap ubat penicillin.
  • Anda memerlukan rawatan di hospital sekiranya terdapat masalah ini. Untuk mengetahui harga ubat sifilis, anda perlu mendapat informasi yang selanjutnya dari hospital anda.
  • Kos rawatan sifilis selalunya tidak mahal kerana ia hanya diberikan bagi tempoh masa yang pendek. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks semasa rawatan. Pada masa yang sama, anda bertanggungjawab memberitahu pasangan anda tentang jangkitan sifilis.
  • Sekiranya anda diberikan rawatan jangkitan sifilis, anda perlu menghadiri temujanji di klinik susulan untuk memastikan anda pulih daripada jangkitan sifilis. Doktor akan membuat ujian darah untuk mengetahui status jangkitan anda.
  • Ciri-ciri penyakit sifilis sudah sembuh hanya boleh ditentukan dengan ujian darah secara objektif.
  • Ulser yang sembuh dan kesakitan yang berkurangan merupakan simptom yang bertambah baik, tidak  bermaksud anda telah bebas dari jangkitan sifilis.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?