Apakah Punca Ibu Hamil Sering Diserang Sakit Kepala

Baca Soalan

Kenapa ibu hamil sering sakit kepala ya?

Kehamilan menyebabkan pelbagai perubahan pada tubuh sesetengah wanita seperti keletihan, loya, dan perubahan mood. Umumnya, pada trimester pertama kehamilan, wanita juga akan mengalami sakit kepala yang kerap.

Bahayakah Jika Ibu Hamil Sering Sakit Kepala?

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan fisiologi semasa kehamilan, dengan peningkatan jumlah darah dalam aliran darah menyebabkan perkembangan saluran darah sekaligus menaikkan hormon seks yang lebih tinggi.

Neurotransmiter di otak akan memberi isyarat yang tubuh sedang mengalami tekanan dan kekurangan rehat.

Sekiranya sakit kepala ringan, ia tidak akan mengganggu kehidupan harian dan tidur ibu hamil. Terutamanya jika ia tidak mengalami gejala lain seperti mual, muntah, penglihatan menjadi kabur atau berganda dan keadaan lain.

Ini menjawab persoalan kenapa ibu hamil sering sakit kepala, namun penting untuk anda tahu membezakan sama ada ia adalah sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, atau keadaan lebih serius seperti tumor otak yang memerlukan rawatan khusus.

Waspada Sakit Kepala Trimester Kedua dan Ketiga

Sakit kepala pada trimester pertama adalah normal, namun sekiranya sakit kepala mula berlaku semasa kehamilan trimeste kedua atau ketiga, ibu harus berwaspada risiko preeklampsia.

Inilah pentingnya sejarah kesihatan keluarga ibu dan semasa kehamilan pertama (jika ada) diambil semasa buka buku pink. Pihak klinik akan membuat pemeriksaan fizikal tambahan seperti pemeriksaan neurologi atau x-ray yang tidak membahayakan janin dalam kandungan.

Setelah didiagnosis, doktor akan memberikan cara penjagaan yang sesuai dan mengawasi sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin.

Migrain Sewaktu Hamil

Sakit kepala migrain adalah perkara biasa. Ia berupa sakit kepala berdenyut umpama denyut nadi dan seringkali terjadi dengan muntah atau melihat cahaya di mata pertama Kira-kira 50% dari ibu hamil akan mengalami sakit kepala migrain.

Ini 8 tips melegakan migrain ketika hamil:

  1. Dapatkan rehat yang cukup
  2. Lakukan senaman ringan.
  3. Menguruskan tekanan dengan betul
  4. Elakkan faktor-faktor yang mencetuskan serangan migrain
  5. Gunakan ubat penahan sakit seperti paracetamol, pastikan dos yang selamat.
  6. Berhati-hati semasa menggunakan ubat anti-radang kerana ia boleh menjejaskan bayi dalam rahim bergantung pada masa suku mana ubat digunakan.
  7. Jika migrain tidak sembuh doktor akan mempertimbangkan ubat tambahan.
  8. Sekiranya tiada respirasi, sedatif boleh diberikan namun pastikan mendapatkan preskripsi doktor dahulu ya.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor Untuk Rawatan Lanjut

Jika ibu hamil mengalami relaps lebih kerap lebih daripada 4 kali sebulan atau tubuh tidak memberi respon positif pada ubat, mengalami dehidrasi, mempunyai anoreksia atau menjejaskan kesihatan janin.

Kesimpulannya, ibu hamil sering sakit kepala adalah gejala biasa dan kebiasannya ia tidak teruk dan akan hilang dengan sendirinya. Namun sekiranya ibu risau, doktor antenatal harus dirujuk untuk terus memberikan penjagaan yang betul.

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?